Suami Tidak Tahu Isteri Tukang Urut Batin Lelaki - KUALA
LUMPUR: Dia cukup dikenali di kalangan artis lelaki tempatan termasuk
pelakon dan penyanyi daripada program realiti serta golongan korporat
kerana kepakarannya memulihkan masalah lemah tenaga batin.
Suami Tidak Tahu Isteri Tukang Urut Batin Lelaki
Lia menerima panggilan telefon daripada pelanggan lelaki yang mahukan perkhidmatan urutan batin.
Tidak
hairanlah wanita tukang urut ini mendakwa pernah melakukan urutan batin
terhadap lebih 1,000 pelanggan lelaki yang kemaruk teknik urutan
istimewa ditawarkannya.
Wanita ini bukan calang-calang
tukang urut kerana mendakwa mempunyai kepakaran khusus bagi menambah
kekuatan syahwat lelaki berikutan ilmu dipelajari melalui beberapa
`guru’ berpengalaman.
Dia yang hanya mahu
dikenali sebagai Lia, 43, mendakwa langsung tidak berasa jijik terhadap
kerja dilakukan dengan alasan tugasnya hanya untuk membantu lelaki yang
menghadapi masalah lemah tenaga batin.
Lebih
mengejutkan, apabila suaminya yang bekerja di sebuah badan berkanun
langsung tidak mengetahui aktiviti dilakukan kerana menyangka wanita
terbabit sekadar bekerja sebagai bidan serta tukang urut wanita baru
bersalin.
Lia berkata, kerjayanya sebagai tukang urut
bermula kira-kira 12 tahun lalu selepas diajak bekerja oleh rakannya di
sebuah pusat urutan di Pandan Jaya, Ampang.
Menurutnya,
dia yang ketika itu masih muda dan naif tertarik dengan pekerjaan itu
selepas ditawarkan pendapatan sehingga RM2,000 sebulan.
“Saya
mulanya menyangka ia sekadar urutan tradisional biasa, namun terkejut
apabila pemilik pusat urutan tradisional terbabit memberitahu saya perlu
melakukan urutan batin bagi mendapatkan lebih komisen.
“Walaupun
kekok dan malu, selepas diajar serta diberikan `kelas’ bimbingan oleh
beberapa pekerja senior, saya mulai biasa dengan tugas itu,” katanya
selepas dipujuk wartawan menceritakan pengalaman kerjayanya.
Menurutnya, bagi setiap bayaran urutan batin dilakukan, pelanggan membayar tambahan RM50 selain kos urutan RM60.
“Daripada bayaran RM50 bagi urutan batin, saya menerima komisen RM20 manakala baki RM30 lagi diambil tauke.
“Ada
kalanya ada pelanggan lelaki datang bukan untuk mengurut badan, namun
semata-mata untuk merasai urutan batin hingga sanggup membayar sekali
ganda harga perkhidmatan ditetapkan,” katanya.
Namun,
selepas bekerja selama lima tahun, dia berasakan kerjayanya seolah-olah
dikongkong, apatah lagi dengan gaji yang masih di takuk lama selain
keuntungan diperoleh hasil komisen `dirembat’ tauke.
“Atas
nasihat rakan saya berpindah dari satu rumah urut ke rumah urut lain
sebelum akhirnya mengambil keputusan bergiat secara solo berikutan sudah
mempunyai ratusan pelanggan tetap yang hanya perlu menghubungi saya
melalui telefon.
“Saya akan dihubungi melalui telefon
bimbit untuk tempahan sama di bilik hotel, pangsapuri atau di pusat urut
milik rakan di Greenwood, Gombak,” katanya.
Menurutnya, dia hanya menawarkan urutan badan dan batin tanpa membabitkan hubungan seks.
“Bukan
tiada pelanggan sanggup membayar lebih jika saya bersetuju melakukan
aksi ranjang, namun saya menolak dengan baik kerana tidak mahu
merosakkan profesion dan dilabelkan pelacur.
“Saya
masih ada maruah dan hanya melakukan tugas mengurut tubuh terutama
bahagian saraf tertentu pada kemaluan lelaki yang mampu memulihkan
keinginan syahwat `lembik’ selain mengembalikan kejantanan,” katanya.
Menurutnya,
ada antara artis lelaki yang datang berurut dengannya mengalami masalah
`mati pucuk’ ketika usia muda kerana terlalu kerap melakukan onani atau
terbabit seks bebas sejak usia belasan tahun.
“Selepas
tiga hingga lima kali menjalani rawatan, kebanyakan mereka mampu pulih
seperti sedia kala dan berpuas hati dengan khidmat saya,” katanya sambil
sibuk mengangkat panggilan telefon daripada pelanggan.
Lia
berkata, ramai masyarakat tersalah anggap kerana menyangka kerjayanya
tidak ubah seperti `pelacur’ berikutan sanggup memegang kemaluan lelaki
untuk melakukan urutan batin.
“Semua yang saya lakukan
(urutan batin) bukan ‘semberono’ kerana ia dilakukan mengikut langkah
demi langkah dimulai dengan urutan pada bahagian perut, paha, pinggang
dan bahagian bawah pusat menggunakan minyak urut khas.
“Ia
diikuti urutan pada bahagian pangkal kemaluan yang dilakukan dengan
berhati-hati bagi memastikan urat darah yang tersimpul kembali lancar,”
katanya.
Menurutnya, dia mampu memperoleh sehingga
RM100 bagi pelanggan biasa dan RM200 bagi pelanggan istimewa terutama di
kalangan selebriti. Adakalanya dia mampu memperoleh pendapatan sehingga
RM4,000 sebulan hasil kerja itu.
Ibu kepada tiga
cahaya mata itu bagaimanapun cukup berahsia dan enggan mendedahkan
identiti pelanggan di kalangan artis yang pernah mendapatkan khidmat
urutan batin dengannya kerana berpegang kepada janji dan prinsip.
“Jika
saya sebut nama artis berkenaan, pasti satu Malaysia mengenalinya,
namun saya sudah berjanji merahsiakan nama mereka atas dasar bisnes,”
katanya.
Sumber Harian Metro